Friday, December 4, 2009

HUJAN MASIH TURUN

Hari ini Jumaat 4 Disember 2009. Bangun dan sediakan dan minum susu Alpha Lipid Lifeline. Jam 5.00 aku dah pecut ke Masjid Taman BDC. Subuh masuk jam 5.06, dan qamat jam 5.25 pagi. Imam yg bertugas ialah Ustaz Asri. Pagi Jumaat macam biasa lah ada sujud sajdah.

Selesai solat baca Quran beramai-beramai satu mukasurat saja. Lepas itu dikuti dgn bacaan terjemahannya. Habis quran , tukar pula ke hadith Nabi s.a.w.

Sampai balik ke rumah jam6.15 pagi. Marah sungguh. Ada anjing mana tah buang najis depan pintu nak masuk pagar rumah. Ambek hos getah dan simbah dulu. Basuhan ini diikuti dengan simbahan air hujan yang turun menderu.

Dengar suara Aidan kat dalam rumah. Rupanya Aidan be...... dan Ayang sedang basuh kat bilik air. Masuk rumah dan panaskan air untuk buat kopi. Main dgn Aidan sekejap. Tengok Astro, Ustaz Zamri Zainuddin sedang bagi motivasi pagi dengan nasihat supaya selalu baca Quran yang akan menjadi teman kita di Hari Perbicaraan di hadapan Allah.

Lepas tu Ayang bawa Aidan ke rumah Mama. Hujan terus turun.

Aku tinggal seorang diri. Buat kopi dan sediakan quicker oatmeals. Masukkan madu lebah dan air panas ditambah sedikit air sejuk. Habis semangkuk menjadi sarapan pagi. Hujan terus turun.

"On"kan computer. Tengok facebook. Ada mssage dari Liza anak mak Jay dan Abah Jay di Mengkuan Sekolah, Bt. Mertajam. Dia orang sekarang ini tinggal di Germany. Sambung belajar. Liza masih dalam pantang. Anak pertama lahir pada 23 Oktober yg lalu. Tahniah dari Pak Long dan Mak Long.

Hujan masih turun.


**********

No comments:

Post a Comment