Wednesday, February 24, 2010

Pagi semalam dengar Radio IKIM (91.50 fm). Ustaz Zawawi bercakap tentang sunnah Rasulullah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam . Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam: - Assalamualaikum"
Jawab salam: - Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata " Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" Bukannya : " Kirim salam kat ZIZAH ye" .

Semoga ada manfaat.

Maksud singkatan " A'kum " :- Ia singkatan daripada perkataan ' Avde Kokhavim U Mazzalot ' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan " A'kum " dalam kiriman sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran oleh orang-orang Yahudi kepada bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani .

Seeloknya jika ada orang hantar shortform " A'kum ", kita ingatkan dia supaya guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

*******

No comments:

Post a Comment