Wednesday, October 27, 2010

Denyutan 'nyawa' Laut Mati



24 Okt 2010


Apalah laut tanpa gelombang? Apalah laut tanpa ikan yang berenang-renang? Namun, pelajar Politeknik Singapura, NUR FADHLINA MISWAN, tetap senang menyaksikan ketakjuban Laut Mati.

Tahukah anda?Laut Mati merupakan kawasan terendah di dunia iaitu 412 meter di bawah paras laut.Ia terletak di perbatasan antara Israel dengan Jordan.

Dari mana datangnya nama Laut Mati itu?Mungkin ada yang sudah tahu. Sebenarnya, ramai orang yang menyangka bahawa tiada makhluk pun yang boleh hidup di Laut Mati ini kerana kandungan garamnya yang terlalu tinggi.

Bagaimanapun, hakikatnya, ada mikroorganisma yang mampu hidup di Laut Mati.

Al-Quran menyebut bahawa Laut Mati ini adalah tempat kaum Nabi Luth a.s. dihancurkan kerana mereka begitu berleluasa melakukan hubungan homoseksual dan langsung tidak mempedulikan nasihat Nabi Luth agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.

Maka Allah saw mengutuskan malaikat untuk menterbalikkan bumi Sodom dan Gomorrah sekali gus menghancurkan seluruh kaumnya. Kota yang didiami kaum yang ingkar itu akhirnya menjadi Laut Mati.

Airnya cukup tenang, tiada gelombang dan tiada langsung kapal yang lalu-lalang atau berlabuh di situ.

Mereka yang datang kebanyakannya orang Barat, begitu riang bermandi-manda walaupun cuaca pada ketika itu agak panas.

Di pantai pula, ada yang berjemur di bawah terik mentari dengan hanya berseluar pendek bagi si lelaki dan berbikini bagi wanitanya.

Jika dilihat sekali lalu, anda mungkin tidak menyangka bahawa pantai indah dengan air laut yang tenang itu sebenarnya terletak dalam sebuah negara Islam iaitu Jordan.

Dan laut tenang yang langsung tidak bergelombang itu sebenarnya adalah Laut Mati – laut dengan kandungan garam paling tinggi, iaitu antara tujuh dengan sembilan kali lebih masin daripada air di lautan lain.

Masin bagai dicucuk
Baru-baru ini, saya berkesempatan ke Laut Mati dalam satu kunjungan ke Jordan, Syria dan Baitulmakdis – negara yang memang sukar dikunjungi kerana dikawal ketat oleh askar Israel.

Namun Alhamdulillah, tidak sukar untuk kami masuk ke sana.

Oleh kerana kesuntukan masa, saya tidak sempat berendam di Laut Mati ini. Bagaimanapun, untuk mengelakkan kempunan tidak dapat mandi di sana, saya cuba menjamah air laut ini untuk mengetahui betapa masin rasanya.

Dengan mencecahkan jari telunjuk kanan pada air laut ini, saya kemudian meletakkannya pada hujung lidah.

"Isy... masinnya!," saya berkata kepada anggota rombongan kami seramai 10 orang, yang diketuai oleh Ustaz Mohd Afandi Ahmad.

Mereka kelihatan ghairah mencelup tangan ke air laut untuk mengambil lumpur lalu disapukan pada anggota tubuh bagi melicinkan kulit! Memang rasa air laut itu terlalu masin hingga terasa lidah saya bagaikan dicucuk jarum kerana 'tajam' benar kemasinannya.

Terapung bagai boya
Satu lagi keunikan menarik yang terdapat pada Laut Mati ini ialah,anda tidak perlu bimbang jika mahu mandi tapi tidak tahu berenang.

Insya-Allah, anda tidak akan tenggelam. Sebaliknya, anda akan terapung-apung di permukaan air... macam ada boya!

Jadi, sambil berendam di laut ini, anda boleh membaca akhbar atau majalah. Pasti menyeronokkan!

Khasiat kulit
Saya kemudian meraba lebih dalam di laut itu dan berjaya mendapatbeberapa ketulan lumpur berwarna kelabu tua dan kehitam-hitaman.

Sambil melihat lumpur di kedua-dua tapak tangan, saya teringat kisah tentang asal usul laut yang turut disebut sebagai tasik oleh sesetengah pihak.

Ramai orang yang berkunjung ke sana untuk tujuan riadah, selainmengambil kesempatan 'berubat'.

Menurut beberapa sumber, garam dari Laut Mati dapat menyembuhkan kulit yang bermasalah. Contohnya, jika seseorang itu sering berendam di dalam air bercampur garam dari Laut Mati, masalah kulit seperti jerawat dan psoriasis dapat disembuhkan.

Hasil yang positif ini boleh didapatkan kerana adanya magnesiumdi dalam Laut Mati itu.

Rangkaian kosmetik
Bukan sahaja garam dari Laut Mati dikatakan boleh digunakan untukmerawat sesetengah penyakit kulit, bahkan lumpurnya juga padatberkhasiat.

Tentu anda sudah pernah dengar tentang barangan keluaran LautMati ini yang merangkumi rangkaian produk kosmetik seperti lumpur,garam, syampu, krim anti penuaan, krim antikedut dan lain-lain.

Kerana tingginya khasiat yang terdapat dalam mineral dari LautMati ini, maka barangan yang bersumber daripada lautan inisemakin banyak dijual di pasaran dan harganya, tidak murah!

Menurut beberapa pengguna produk seperti sabun, losen danlumpurnya, produk tersebut memang sangat berkesan dan ia tidakmengeringkan kulit.

"Saya memang sudah agak lama menggunakan sabun mandinya setiaphari. Kulit tidak kering malah halus dan lembut. Cuma harganya agak mahal sedikit," kata pelancong dari London yang saya temui di pantai Laut Mati, Jennifer Hannah.

Lumpur jadi kegilaan

Sambil menghirup hembusan angin segar dari Laut Mati dan memerhatikan orang sekeliling santai bermandi-manda dan terapung-apung, saya tiba-tiba dikejutkan dengan beberapa orang yang kelihatan kulitnya hitam legam.

Saya lantas mendekati mereka.

Setelah mendekat, saya ketawa geli hati kerana mereka sebenarnyamanusia biasa yang melumurkan muka dan seluruh badan mereka denganlumpur Laut Mati – menggunakan lumpur yang sudah diproses yangmemang dijual dalam paket-paket khas.

Ada juga yang memberitahu, mereka menggunakan lumpur asli yangdiambil dari laut tersebut – sama seperti lumpur yang saya dapati.

"Bagus... saya rasa kulit saya tegang dan segar," kata seorangpelancong dari Perancis yang hanya mahu dikenali sebagai Mark danberusia dalam lingkungan 30-an tahun.

Rakannya, yang minta dikenali sebagai James, juga dalam usia30-an tahun, akur dengan kata-kata Mark.

"Awak cubalah... nanti kulit awak bersih dan licin," katanya,yang sebelum ini pernah menggunakan lumpur Laut Mati ituuntuk dipalit ke seluruh tubuhnya.

Lumpur Laut Mati ini amat berkhasiat dalam menghaluskankulit kerana ia mengandungi kalium, magnesium dan bromium,dan mungkin kerana itulah lumpurnya dianggap sangatberkhasiat.

Jadi jika anda berpeluang ke Jordan, jangan lupa singgahke Laut Mati, kawasan peranginan yang cukup cantik, tenang,menakjubkan dengan saujana mata memandang.

Satu lagi keunikan menarik yang terdapat pada Laut Mati ini ialah, anda tidak perlu bimbang

jika mahu mandi tapi tidak tahu berenang. Insya-Allah, anda tidak akan tenggelam.

Sebaliknya, anda akan terapung-apung di permukaan air... macam ada boya!

No comments:

Post a Comment