Sunday, January 30, 2011

KASIHI SESAMA MU

Engkau harus mengasihi sesamamu, tidak peduli siapa pun.

Jadilah engkau seperti matahari yang tidak pernah pilih KASIH

menyinari semuanya, kerana sesungguhnya engkau diciptakan

oleh Ar-Rahman Yanga Maha Pengasih.

Dialah yang sentiasa mencurahkan rahmatNya siang dan malam.

Dialah Pemilik Rahmat yang sangat sempurna,

yang melimpahkan kebajikan bagi semua makhlukNya tanpa kecuali.

Ketahuilah, jika seluruh rahmat yang telah di tebarkan dimukabumi ini,

dikumpulkan semuanya, maka itu pun hanya satu bahagian sahaja,

sedangkan 99 bahagian lagi masih disimpan disisiNya.

Begitu besar KASIH Allah memancar pada kita tanpa henti.

Maka pancarkanlah sifat KASIH itu kepada sesama mu dengan tulus....
.

********

No comments:

Post a Comment