1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu
Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas
Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa
masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika
era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia
ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar
sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan
jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti
kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi
pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5) Dia juga lah pemimpin Islam yang Yasser Arafat hubungi meminta
bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah
menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam
demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk
kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta
mempertahankan Islam dimata dunia.
8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat
apa-apa.
9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan
kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk dan solat
dalam KAABAH.
10) Dia jugalah yang pernah ditembak dan sanggup mengorbankan jawatan
tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya
meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya
Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan
negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari
barat yang jelas muflis idealistiknya..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia
yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.
Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati
hasilnya..
No comments:
Post a Comment