Thursday, August 19, 2010

AYAT-AYAT AL QURAN

Ayat-ayat al Quran adalah kalam Allah yang mengandungi pengertian yang mendalam dan luas disamping mempunyai ketentuan-ketentuan dan rahsia-rahsia yang tersembunyi. Ia bukan sahaja untuk pedoman hidup tetapi juga untuk pelaksanaan hidup setiap insan.

Rasullullah s.a.w. pernah bersabda, " Hnedaklah kamu sentiasa berubat dengan dua jenis penyembuh , iaitu madu lebah dan al Quran ".( Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin Mas'ud). Abi Said Al Khudri menceritakan bahawa seorang lelaki menemui Rasullullah s.a.w. dan berkata: "Sesungguhnya dada saya sakit wahai Rasulullah!". Nabi s.a.w. menjawab: " bacalah Al Quran kerana Allah Ta'ala telah berfirman, maksudnya: Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran dari Tuhanmu ( iaitu al Quran )) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada." ( Surah Yunus ayat 57).

Al Alamah ibnu Al-Qayyim berkata: Apabila ternyata beberapa khasiat sesetengah ayatAl Quran, tiadalah lagi keraguan terhadap hukum Tuhan Rabbul Alamin." ( Petikan dari Buku Siti Nor Bahyah mahamood)
******

No comments:

Post a Comment