Wednesday, August 18, 2010

Keutamaan Ilmu dan Kemuliaan Para Ulama

Sejarah umat manusia tidak pernah mengenal suatu ugama yang menaruh keperihatinan begitu besar dan sempurna terhadap ilmu pengetahuan. Ugama Islam sentiasa menganjur dan mendorong umatnya menuntut ilmu dan mengimarahkan segala kegiatan keilmuan.

Oleh kerana itu Saidina Ali Karramallahhu wajhah berkata: " Wahai manusia, haruslah bagi kamu berilmu! Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai sehelai selendang yang dikasihiNya. Barangsiapa yang mencari sebuah pintu dari ilmu, lalu Allah akan menyelendanginya dengan selendang Allah. Apabila ia berbuat doasa, ia akan meminta kerelaan Allah sebanyak 3 kali supaya selendang tidak dibuka daripadanya, walaupun dosanya berlarutan hingga kemati".

Islam juga menghurmati golongan cerdik-pandai, para ulamak dan intelektual . Ia menyeru agar golongan ini menyebarkan dan meluaskan ilmu sehingga terhapus kejahilan ditengah kehidupan manusia.

Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Rahmat Allah diturunkan kepada khalifahku! Seorang bertanya: Siapakah khalifah tuan? Rasullullah menjawab : Mereka yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada hamba Allah".

******

No comments:

Post a Comment