Demi menjaga kesihatan badan kita, melakukan amalan-amalan seperti
berikut memberi kesan baik:
1. Mandi pagi sebelum Subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum terbit matahari. Air sejuk yang meresap
kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan mreka tidak gemuk.
2. Rasulullah s.a.w. mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari
penyakit (sukar dihinggapi penyakit).
3. Semasa solat Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti setelah para saintis
yang membuat kajian mengenai kesan baik daripada perbuatan kita sujud. Saintis telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan praktik bersujud, perjalanan darah akan mengalir keruang kosong yang berkenaan.
4. Ada juga fatwa permakanan larangan supaya tidak memakan makanan dari darat bercampur
dengan makanan dari laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-).
Jika sekiranya dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas
biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila selesai jari-jemari hendaklah dihisap.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jemari
kita iaitu 10 kali ganda berbanding dengan yang terdapat dalam air liur.
(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Sabda Nabi s.a.w. : Ilmu itu milik Tuhan. Barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,
Insyaallah, Tuhan akan menggandakan sebanyak 10 kali lagi kepadanya.
**********
No comments:
Post a Comment