Sunday, October 3, 2010

Malaysia Open di Bukit Jalil

Sekarang ini sedang berlangsung jelajah tennis Malaysia Open di Stadium Bukit Jalil. Aku memang suka nonton tennis. Tambah-tambah kalau yang beraksi tu pula seperti Sharapova, Sarena atau Venice Williams, Hantucoba, Nadal, Federer, Rodick, Radwanska, Henin, dan beberapa pemain hebat lagi.

Aku tengok juga Malaysia Open di ASTRO saluran sukan. Tapi pagi tadi aku termenonton Thai Open. Nadal berentap dengan Garcia, dimana Nadal kecundang dalam perminan 3 set. Sungguh gemuruh dan sangat hangat berbanding perasaan aku bila menonton MalaysiaOpen.

Yang aku nak bangkitkan mengapa Nadal tak bermain dalam Malaysia Open?. Mengapa dia pilih Thailand?. Apa lebihnya Thailand dari Malaysia?. Bilangan orang yang menonton Thai Open di gelanggang lebih ramai berbanding dengan crowd yang datang ke Bukit Jalil. Adakah kerana tiket itu yang mahal dan orang Malaysia ak mampu nak membeli atau pun orang Malaysia tidak berminat dengan tennis.

Inilah waktunya orang-orang kaya Malaysia nak buat kebajikan dengan menaja penuntut-penuntut sekolah dibawa menonton pemain2 tennis peringkat antarabangsa beraksi di gelanggang yang sesekali bermain di Malaysia.
*****



No comments:

Post a Comment