Thursday, October 28, 2010

Penghakiman paling aneh di dunia!


Penghakiman paling aneh di dunia!










Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.


Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.


Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan padri besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.


Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada padri besar Samarkand:- Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?- Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?- Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.- Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?- Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.- Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menulung umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:- Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!

Padri besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. Padri besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.


Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas padri besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai padri besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.


Ya Allah! Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.


Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!

Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi


http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Wednesday, October 27, 2010

Denyutan 'nyawa' Laut Mati



24 Okt 2010


Apalah laut tanpa gelombang? Apalah laut tanpa ikan yang berenang-renang? Namun, pelajar Politeknik Singapura, NUR FADHLINA MISWAN, tetap senang menyaksikan ketakjuban Laut Mati.

Tahukah anda?Laut Mati merupakan kawasan terendah di dunia iaitu 412 meter di bawah paras laut.Ia terletak di perbatasan antara Israel dengan Jordan.

Dari mana datangnya nama Laut Mati itu?Mungkin ada yang sudah tahu. Sebenarnya, ramai orang yang menyangka bahawa tiada makhluk pun yang boleh hidup di Laut Mati ini kerana kandungan garamnya yang terlalu tinggi.

Bagaimanapun, hakikatnya, ada mikroorganisma yang mampu hidup di Laut Mati.

Al-Quran menyebut bahawa Laut Mati ini adalah tempat kaum Nabi Luth a.s. dihancurkan kerana mereka begitu berleluasa melakukan hubungan homoseksual dan langsung tidak mempedulikan nasihat Nabi Luth agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.

Maka Allah saw mengutuskan malaikat untuk menterbalikkan bumi Sodom dan Gomorrah sekali gus menghancurkan seluruh kaumnya. Kota yang didiami kaum yang ingkar itu akhirnya menjadi Laut Mati.

Airnya cukup tenang, tiada gelombang dan tiada langsung kapal yang lalu-lalang atau berlabuh di situ.

Mereka yang datang kebanyakannya orang Barat, begitu riang bermandi-manda walaupun cuaca pada ketika itu agak panas.

Di pantai pula, ada yang berjemur di bawah terik mentari dengan hanya berseluar pendek bagi si lelaki dan berbikini bagi wanitanya.

Jika dilihat sekali lalu, anda mungkin tidak menyangka bahawa pantai indah dengan air laut yang tenang itu sebenarnya terletak dalam sebuah negara Islam iaitu Jordan.

Dan laut tenang yang langsung tidak bergelombang itu sebenarnya adalah Laut Mati – laut dengan kandungan garam paling tinggi, iaitu antara tujuh dengan sembilan kali lebih masin daripada air di lautan lain.

Masin bagai dicucuk
Baru-baru ini, saya berkesempatan ke Laut Mati dalam satu kunjungan ke Jordan, Syria dan Baitulmakdis – negara yang memang sukar dikunjungi kerana dikawal ketat oleh askar Israel.

Namun Alhamdulillah, tidak sukar untuk kami masuk ke sana.

Oleh kerana kesuntukan masa, saya tidak sempat berendam di Laut Mati ini. Bagaimanapun, untuk mengelakkan kempunan tidak dapat mandi di sana, saya cuba menjamah air laut ini untuk mengetahui betapa masin rasanya.

Dengan mencecahkan jari telunjuk kanan pada air laut ini, saya kemudian meletakkannya pada hujung lidah.

"Isy... masinnya!," saya berkata kepada anggota rombongan kami seramai 10 orang, yang diketuai oleh Ustaz Mohd Afandi Ahmad.

Mereka kelihatan ghairah mencelup tangan ke air laut untuk mengambil lumpur lalu disapukan pada anggota tubuh bagi melicinkan kulit! Memang rasa air laut itu terlalu masin hingga terasa lidah saya bagaikan dicucuk jarum kerana 'tajam' benar kemasinannya.

Terapung bagai boya
Satu lagi keunikan menarik yang terdapat pada Laut Mati ini ialah,anda tidak perlu bimbang jika mahu mandi tapi tidak tahu berenang.

Insya-Allah, anda tidak akan tenggelam. Sebaliknya, anda akan terapung-apung di permukaan air... macam ada boya!

Jadi, sambil berendam di laut ini, anda boleh membaca akhbar atau majalah. Pasti menyeronokkan!

Khasiat kulit
Saya kemudian meraba lebih dalam di laut itu dan berjaya mendapatbeberapa ketulan lumpur berwarna kelabu tua dan kehitam-hitaman.

Sambil melihat lumpur di kedua-dua tapak tangan, saya teringat kisah tentang asal usul laut yang turut disebut sebagai tasik oleh sesetengah pihak.

Ramai orang yang berkunjung ke sana untuk tujuan riadah, selainmengambil kesempatan 'berubat'.

Menurut beberapa sumber, garam dari Laut Mati dapat menyembuhkan kulit yang bermasalah. Contohnya, jika seseorang itu sering berendam di dalam air bercampur garam dari Laut Mati, masalah kulit seperti jerawat dan psoriasis dapat disembuhkan.

Hasil yang positif ini boleh didapatkan kerana adanya magnesiumdi dalam Laut Mati itu.

Rangkaian kosmetik
Bukan sahaja garam dari Laut Mati dikatakan boleh digunakan untukmerawat sesetengah penyakit kulit, bahkan lumpurnya juga padatberkhasiat.

Tentu anda sudah pernah dengar tentang barangan keluaran LautMati ini yang merangkumi rangkaian produk kosmetik seperti lumpur,garam, syampu, krim anti penuaan, krim antikedut dan lain-lain.

Kerana tingginya khasiat yang terdapat dalam mineral dari LautMati ini, maka barangan yang bersumber daripada lautan inisemakin banyak dijual di pasaran dan harganya, tidak murah!

Menurut beberapa pengguna produk seperti sabun, losen danlumpurnya, produk tersebut memang sangat berkesan dan ia tidakmengeringkan kulit.

"Saya memang sudah agak lama menggunakan sabun mandinya setiaphari. Kulit tidak kering malah halus dan lembut. Cuma harganya agak mahal sedikit," kata pelancong dari London yang saya temui di pantai Laut Mati, Jennifer Hannah.

Lumpur jadi kegilaan

Sambil menghirup hembusan angin segar dari Laut Mati dan memerhatikan orang sekeliling santai bermandi-manda dan terapung-apung, saya tiba-tiba dikejutkan dengan beberapa orang yang kelihatan kulitnya hitam legam.

Saya lantas mendekati mereka.

Setelah mendekat, saya ketawa geli hati kerana mereka sebenarnyamanusia biasa yang melumurkan muka dan seluruh badan mereka denganlumpur Laut Mati – menggunakan lumpur yang sudah diproses yangmemang dijual dalam paket-paket khas.

Ada juga yang memberitahu, mereka menggunakan lumpur asli yangdiambil dari laut tersebut – sama seperti lumpur yang saya dapati.

"Bagus... saya rasa kulit saya tegang dan segar," kata seorangpelancong dari Perancis yang hanya mahu dikenali sebagai Mark danberusia dalam lingkungan 30-an tahun.

Rakannya, yang minta dikenali sebagai James, juga dalam usia30-an tahun, akur dengan kata-kata Mark.

"Awak cubalah... nanti kulit awak bersih dan licin," katanya,yang sebelum ini pernah menggunakan lumpur Laut Mati ituuntuk dipalit ke seluruh tubuhnya.

Lumpur Laut Mati ini amat berkhasiat dalam menghaluskankulit kerana ia mengandungi kalium, magnesium dan bromium,dan mungkin kerana itulah lumpurnya dianggap sangatberkhasiat.

Jadi jika anda berpeluang ke Jordan, jangan lupa singgahke Laut Mati, kawasan peranginan yang cukup cantik, tenang,menakjubkan dengan saujana mata memandang.

Satu lagi keunikan menarik yang terdapat pada Laut Mati ini ialah, anda tidak perlu bimbang

jika mahu mandi tapi tidak tahu berenang. Insya-Allah, anda tidak akan tenggelam.

Sebaliknya, anda akan terapung-apung di permukaan air... macam ada boya!

Wednesday, October 20, 2010

Jika Terfikir Lakukan Maksiat

Oleh Zaharuddin Abd Rahman


Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

  1. azab api neraka,
  2. azab kubur,
  3. mati buruk (su-ul khatimah) dalam kemaksiatan
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  5. tiada peruntukan syafaat baginda nabi s.a.w
  6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

  1. penceraian akan berlaku akibatnya,
  2. pasangan zina mengandung,
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  6. kejian masyarakat,
  7. ditangkap basah dan diumum di media,
  8. adik beradik mengeji,
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
  12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )


17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.


18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.


19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.


20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )


Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-


قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا


Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Julai 2009

Monday, October 18, 2010

Of 1Malaysia, Pendatang, Suckling Pigs, Belacan and Toddy

TUESDAY, OCTOBER 12, 2010

A Kadir Jasin

TheStarOnline.tv has a clip entitled “PM: Malaysian Chinese are not Pendatang.”

Who are saying Malaysian Chinese are pendatang (immigrants) that forces Mohd Najib Abdul Razak to make the denial?

Even those whose tongues are loose and have the penchant for saying hurtful things know that today’s Malaysian Chinese are not pendatang.

Not the majority for sure although there could be a tiny minority who came from somewhere in the world, including China, and were recently granted citizenship. These new citizens are pendatang.

But the majority is not. Their grandfathers or great grandfathers came here as early as the 15th century although most arrived in mid-20th century. They are keturunan pendatang.

Some were brought here by the East India Company or its agents, but most came on their own as poor people escaping poverty and oppression in China. There night not be snakehead human smugglers then, but the immigrants came as indentured labourers to work in Chinese-owned tin mines and sundy businesses.

The British were more interested in the Indian laborers who toiled in their rubber plantations and tea estates. The immigrant Chinese were franchised to the Kapitan Cina and, in the Kinta Valley, Perak under the “protection” of the Ghee Hin and Hai San secret societies.

What the British unquestionably brought from China was the opium to satiate and at the same time enslaved the opium-addicted Chinese immigrants.

Until the 1960s there were still licensed opium dens in the country. Even in my kampung there was one such establishment although not all the addicts were Chinese laborers and boatmen. There were also Malay and Thai addicts.

For the Indians, there were licensed toddy shops that sold genuine coconut sap toddy. Toddy shops were usually located near the railway stations or the PWD (now JKR) workshops, where Indians were widely employed.

These were the legacies of the British era. Even when we became independent, the various communities continue to cling to their “colonial rights”.

Take education for instance. According to Wikipedia, (quoting Chow Kum Hor), “Malaysia is the only country outside mainland China, Taiwan, Hong Kong and Macau to have a complete Chinese-medium education system. The secondary Chinese-medium school in Malaysia is not funded by the government of Malaysia, existing in the form of privately owned Chinese independent high schools. However they represent only 5% of all Malaysia Chinese schools.”

[Chow Kum Hor (2008-01-31), “Battle to save Malaysia’s Chinese dropouts” – The Straits Times (AsiaOne News).]

Wikipedia further notes: “Today most schools in Malaysia are national-type schools fully or partially funded by the government, however during early 1960s roughly 60 Chinese schools rejected the Razak Report[33], they continue and insist on the use of Mandarin Chinese as teaching medium, these type of schools were to be later known as Chinese independent high school.”

Why are we so suddenly caught up in this pendatang issue to the point that one aristocratic Melayu from the Bugis land in Sulawesi even told his Chinese audience recently that he too was a pendatang? This poor soul clearly does not understand the Malay history and the geography of the Kepulauan Melayu – the Malay Archipelago.

Why the rush to become pendatang or to be associated with one? Shouldn’t we be thinking of ourselves as 1Malaysian?

As far as I am concerned, I have been 1Malaysian (1Malayan) long before Mohd Najib made 1Malaysia his political agenda and, in the process, sparked off the ongoing race-based debates.

I grew up in a riverside Malay village where our Chinese neighbours reared free-ranging pigs that trespassed our homesteads as they pleased.

Our Chinese neighbours they gave us kuih bulan (mooncake) and we gave them tapioca and yam for them to feed their pigs.

We had no qualm about partaking the soothing lemonade in their houses during the many festivals that they had. We were not bothered by the suckling pigs they ate – not even the poor creatures’ heads that they displayed on the dinner tables.

We called each other names. The Melayu were the belacan eaters, the Chinese the pork-eaters and the Indians the toddy-drinkers. Today you try that you may end up in a hospital or a police station.

Ah, those were the days my friend when we were truly colour blind and truly Malayans and Malaysians. I was lucky. I spent five years in a Sekolah Melayu, two years transiting from Malay to English in the Special Malay Class and the following seven in English medium schools.

Today, some Malaysians are either so racist or lacking self confidence that they even reject the Sekolah Wawasan concept where national and national-type schools are located in the same compound with the pupils of various races sharing common facilities.

Sadly, we become even more divisive when we debate what the Prime Minister means by 1Malaysia and what we want out of it. Has the PM awoken the monster in us by invoking 1Malaysia? Wallahualam. Only God knows.

Friday, October 8, 2010

ANTI CHILD ABUSE

ACCIDENTS and mishaps involving infants and children in childcare centres must be avoided at all costs — what more when deaths occur due to negligence by caregivers. This is made worse when the centres are unregistered. When this happens, there is a sense of shared responsibility on the part of the licensing authority for not making registration with the Welfare Department mandatory to enable effective supervision so that provisions of the Childcare Act 1984 are met. Granted that many factors may be at work here, but pressing needs ought not to give rise to dangerous compromises.

Malaysia’s small population has meant that its human resources are stretched thin, hence the need for more women in the workforce. Gender equality also requires that they be given opportunities for employment. In order that this national priority is met there must be childcare centres to take the place of mother, the caregiver and nurturer. Indeed demand for childcare should not outstrip supply. Nevertheless, when supply is horrendously substandard, it should not be tolerated. These places must meet stipulated minimum standards of safety, hygiene and childhood education before they can be allowed to take on the responsibility of what is actually the preparation of a new generation of Malaysians to take the country to new heights of development. Studies have shown that a child’s most formative years are in the pre-school period, which makes childcare centres particularly important.

This is, therefore, a matter of national interest and should not be dismissed as a “woman thing”. The nation cannot go on developing on the basis of imported labour, especially with regard to skilled and super-skilled categories. Women undergraduates outnumber their male counterparts, but their female labour force participation rate remains low. Childcare keeps many professionally qualified women at home to ensure effective nurturing. Therefore, what should happen is that childcare services must be approached as an industry requiring a trained workforce: qualified child minders trained in healthcare, child nutrition and child education. The time has come for the unskilled, intuitive approach to childcare to end. Surely, despite the shortage, centres that have been dangerously negligent should not be allowed to reopen under any circumstances.


Instead, the authorities must look at ways of making childcare a positive force for nation-building. Providing crèches at workplaces, for example, is an approach that lends itself to regulation, supervision and professionalism. This should be an integral part of corporate social responsibility. Where workplaces are considered dangerous, then licensed, registered and supervised government and employer-funded community childcare should be the solution.


Malaysia Anti-Child Abuse

Protect Our Children From Violence, Abuse, Neglect & Exploit. Get Help:
UniteAgainstAbuse.my

************

ADAB-ADAB BERPUASA

Tidak sepatutnya kalau kita hanya berpuasa pada bulan Ramadhan sahaja. Sekiranya begitu bermakna kita telah melepaskan peluang untuk merebut keuntungan dengan puasa sunat dan juga kita tidak mengambil peluang merebut darjat yang tinggi didalam syurga Firdaus. Kita akan menyesal apabila melihat pahala orang lain yang banyak berpuasa sunat seperti banyaknya bintang-bintang berkerlipan dilangit. Mereka jauh lebih tingginya darjatnya dari kita.

Didalam tahun-tahun ada hari-hari tertentu yang mempunyai kelebihan dan ganjaran yang sangat banyak bagi orang berpuasa padanya, sebagaimana yang pernah disebut didalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Hari-hari yang dimaksudkan itu ialah:

1. Hari Arafah ( 9 zulhijjah ) sunat berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
2. Hari Asyura ( 10 Muharram) ( dan juga sunat berpuasa pada hari tasu'a ( 9 Muharram)
3. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Zulhijjah.
4. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Muharram.
5. Bulan Rejab
6. Bulan Shaaban
7. Bulan-bulan haram ada 4 berturut-turut iaitu Zukkaedah, Zulhijjah, dan Muharram dan satu bulan yang tunggal iaitu bulan Rejab.

Didalam sebulan pula ada hari-hari yang tertentu yang mempunyai kelebihan berpuasa sunat, iaitu:

1. Setiap hari awal bulan
2. Pertengahan bulan
3. akhir bulan, dan
4. Hari-hari bidh ( puteh) iaitu hari tigabelas, empatbelas dan limabelas.

Didalam seminggu pula ada hari-hari yang mempunyai kelebihan berpuasa iaitu hari Khamis, Jumaat dan Isnin.

Dan janganlah kita mempunyai anggapan bahawa puasa itu hanyalah dengan meninggalkan makan, minum dan jimak sahaja. Tetapi puasa adalah lebih luas daripada itu.

Petikan daripada Buku Bidayatul Hidayah Karangan Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. terbitan Khazanah Banjariah N0.3 Jalan Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena. Kedah Darul Aman. Ph: 04-7143712
( Edisi rumi Feb 1994)

Thursday, October 7, 2010

Monday, October 4, 2010

Jagalah Kesihatan Diri Anda

Demi menjaga kesihatan badan kita, melakukan amalan-amalan seperti
berikut memberi kesan baik:


1. Mandi pagi sebelum Subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum terbit matahari. Air sejuk yang meresap

kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi

kebanyakan badan mreka tidak gemuk.


2. Rasulullah s.a.w. mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari

penyakit (sukar dihinggapi penyakit).



3. Semasa solat Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas

membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti setelah para saintis

yang membuat kajian mengenai kesan baik daripada perbuatan kita sujud. Saintis telah menemui

beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.

Dengan praktik bersujud, perjalanan darah akan mengalir keruang kosong yang berkenaan.


4. Ada juga fatwa permakanan larangan supaya tidak memakan makanan dari darat bercampur

dengan makanan dari laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.

Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana

dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-).

Jika sekiranya dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas

biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila selesai jari-jemari hendaklah dihisap.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jemari

kita iaitu 10 kali ganda berbanding dengan yang terdapat dalam air liur.

(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Sabda Nabi s.a.w. : Ilmu itu milik Tuhan. Barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,

Insyaallah, Tuhan akan menggandakan sebanyak 10 kali lagi kepadanya.

**********

Sunday, October 3, 2010

Malaysia Open di Bukit Jalil

Sekarang ini sedang berlangsung jelajah tennis Malaysia Open di Stadium Bukit Jalil. Aku memang suka nonton tennis. Tambah-tambah kalau yang beraksi tu pula seperti Sharapova, Sarena atau Venice Williams, Hantucoba, Nadal, Federer, Rodick, Radwanska, Henin, dan beberapa pemain hebat lagi.

Aku tengok juga Malaysia Open di ASTRO saluran sukan. Tapi pagi tadi aku termenonton Thai Open. Nadal berentap dengan Garcia, dimana Nadal kecundang dalam perminan 3 set. Sungguh gemuruh dan sangat hangat berbanding perasaan aku bila menonton MalaysiaOpen.

Yang aku nak bangkitkan mengapa Nadal tak bermain dalam Malaysia Open?. Mengapa dia pilih Thailand?. Apa lebihnya Thailand dari Malaysia?. Bilangan orang yang menonton Thai Open di gelanggang lebih ramai berbanding dengan crowd yang datang ke Bukit Jalil. Adakah kerana tiket itu yang mahal dan orang Malaysia ak mampu nak membeli atau pun orang Malaysia tidak berminat dengan tennis.

Inilah waktunya orang-orang kaya Malaysia nak buat kebajikan dengan menaja penuntut-penuntut sekolah dibawa menonton pemain2 tennis peringkat antarabangsa beraksi di gelanggang yang sesekali bermain di Malaysia.
*****



Saturday, October 2, 2010

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik, manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, dan beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran di US. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit. Yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar. Beliau memberitahu, Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " His name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago". Subhanallah!Syukur Alhamdulillah! Rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.

Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya. Lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

"Assalamualaikum!" Itulah kalimat pertama dari mulutnya. Wajahnya sudah jauh berubah. Air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. "Ini, dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha! Kau kawan baik aku kan? betul tak? "Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?" . "Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa? " Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?". " Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. " Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni, sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain".

" Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku".

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

" Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir".

Aku menjadi semakin amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham. Andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!
********
Petikan dari weblog YB Zulkifli Noordin.